Ahli Sunnah Wal Jamaah |
Dalil Wajib BermazahabTelah Ijma` Ulama (Ahlissunnah wal jamaah) bahawa manusia sekarang ini ( yang kemudian daripada mazahab yang empat ) akan wajib niat taqlid ( mengikut ) mana-mana daripada mazahab yang empat pada masaalah I`badat, Mua`malat, Munakahat dan Jinayat yang diakui sah .( maliki, hanafi,syafie atau hambali ). Dalil wajib taqlid ulama` itu ialah Firman Allah Ta`la :- Maka hendaklah kamu bertanya akan ahli dzikir ( Ulama ) jika kamu tidak mengetahui . Maka wajib kita niat taqlid akan mana-mana satu daripada mazahab yang empat yang diakui sahnya . Dan tiada harus lagi tiada sah taqlid akan ulama yang lain daripada yang empat itu kerana kita tiada mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun cara mazahab yang lain itu , kerana mereka tiada mengarang kitab-kitab yang boleh kita berpegang dengan dia. Tersebut didalam kitab : Tanwir Qulub Ms : 397 :- Maka barang siapa mengerjakan ibadat yang bersalahan Ulama pada sahnya daripada tiada taqlid bagi mazhab yang mengatakan sahnya nescaya wajib diulanginya.(khada`) Contohnya ;- seperti mengambil wudu` ia basuh sekalian muka serta niatnya dan basuh dua tangan dan sapu sedikit air dikepala dan membasuh muka dan basuh kaki pada hal tidak pernah berniat ikut (taqlid) mazhab Syafie nescaya tidak sah wudu`nya maka tidak sah solatnya juga. Jika berlaku seperti diatas itu , maka hukumnya samalah macam orang yang tidak menunaikan solat walaupun seratus tahun dia mengerjakan sembahyangnya yang ia buat dalam keadaan tidak berniat taqlid mana-2 mazahab nescaya wajib diulanginya ( kadha ). Lagi contohnya :- Seseorang yg taqlid ulama yang empat tetapi tidak diakui oleh mana-mana mazahab yang empat itu (mencampur adukkan ). Seperti :- bernikah dengan tiada wali ia taqlid mazahab hanafi, serta tiada saksi ia taqlid mazhab maliki, maka tidak sah nikahnya ini. Tidak sah bertaqlid dengan mazhab yang lain daripada yang empat itu , seperti kaum mude yang berkata ;- bernikah dengan tiada wali dan saksi ia taqlid mazhab Daud Al-Zhohiri. Maka Hukumnya haram lagi tidak sah nikahnya. Maka mereka yang bertaqlid seperti kaum mude itu sesat lagi menyesatkan kerana menyalahi barang yang sudah ijma` Ulama serta dijanjikan masuk neraka. Dalil masuk neraka orang yang menyalahi ijma` ulama itu ialah :- Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :- Sesungguhnya Allah Taala tidak akan menjadikan ijma` (ulama ) ummat ku atas kesesatan. Dan bermula pertolongan Allah Taala beserta ijma`(ulama) ummatku . Dan barang siapa yang keluar ia daripada ijma` (ulama ) nescaya menuju ke Neraka. (H.Riwayat : Imam Turmizi daripada Ibnu Abbas ) Tersebut didalam Kitab Tanwir Qulub Ms : 40 :- Erti melayunya :- Dan tiada harus bertaqlid akan yang lain daripada mazhab yang empat setelah terikat Ijma` Ulama diatas mereka itu, kerana bahawasanya segala mazahab yang lain daripada mereka itu tiada karang akan kitab-kitab dan tiada didhobit (dicatat) koedah mereka . Contohnya :- Seperti kaum mude dan puak wahabi yang berkata :- Aku bera`mal ikut Al-Quran dan hadis dan mengaku faham isi kandungan (segala hukum) di dalamnya serta tidak mahu bertaqlid ( bermazhab). Maka tiada sah lagi sangat sesat dan menyesatkan orang lain pula. Harus orang yang bermazhab itu bertaqlid dengan mana-mana daripada mazahab yang empat yang diakui sahnya . Seperti :- Orang yang bermazahab syafie harus ia taqlid mazhab hanafi atau maliki atau hambali pada satu masaalah atau beberapa masaalah , tetapi ada syarat-syaratnya :- Syarat sah harus taqlid itu 6 perkara :-
|
Thursday, 2 September 2010
Ahlussunnah waljamaah......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment